Gaji, Kelayakan & Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan SPA Jurupulih Perubatan Cara Kerja 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong Jurupulih Perubatan Cara Kerja, pengambilan Jurupulih Perubatan Cara Kerja 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja 


Gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29

Gaji Jurupulih Perubatan Cara Kerja sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.    Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
5.    Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Jurupulih Perubatan Cara Kerja menjalankan tugas pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.

Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. Membuat pesanan bekalan peralatan.

Pada masa yang sama, tugasan Jurupulih Perubatan Cara Kerja ialah mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now