Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U29, U32, U36

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29, U32, U36

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji JururawatLihat ini juga: SYARAT KELAYAKAN JURURAWAT GRED U41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Jururawat Gred U29, U32, U36 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan jururawat 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Jururawat Gred U29, U32, U36 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).
gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Jururawat Gred U29, U32, U36, permohonan jawatan kosong / kerja kosong jururawat, pengambilan jururawat 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Jururawat


Gaji Jururawat Gred U29, U32, U36

Gaji Jururawat Gred U29, U32, U36 sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145. Bagi gaji jururawat gred U32 dan U36, sila rujuk jadual di bawah.
GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
U29
RM1,797.00
RM5,753.00
RM145.00
U32
RM2,331.00
RM6,394.00
RM155.00
U36
RM3,590.00
RM7,605.00
RM180.00

Syarat Kelayakan Jururawat

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:        
(a) warganegara Malaysia;   
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
2. Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.        
4. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja jururawat

Jawatan Jururawat Gred U29, U32, U36 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29

Jururawat menjalankan tugas dalam pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.

Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit. Membuat pesanan bekalan peralatan.

Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Pada masa yang sama, tugasan jururawat ialah memberi khidmat dalam perawatan Kesihatan Keluarga, perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak, perkhidmatan lawatan ke rumah, perkhidmatan kesihatan di sekolah. Perkhidmatan perancang keluarga dan juga memberi pendidikan kesihatan.

Jururawat juga membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Mentadbir klinik. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas jururawat di hospital pula dari segi penjagaan Pesakit, Mengurus dan melayan makan minum pesakit, Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit, Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin, Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran, Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.

Jururawat berperanan menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Jururawat Gred U29, U32, U36 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now