26 November 2016

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U41

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Jururawat U41. Lihat ini juga: SYARAT KELAYAKAN JURURAWAT GRED U29 U32 U36

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Jururawat Gred U41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan jururawat 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Jururawat Gred U29, U32, U36 bagi permohonan kerja lepasan ijazah / degree menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Jururawat Gred U41, permohonan jawatan kosong / kerja kosong jururawat, pengambilan jururawat 2017, permohonan kerja lepasan ijazah degree
Gaji, kelayakan dan tugas Jururawat


Gaji Jururawat Gred 41

Gaji Jururawat Gred U41 sekitar RM2,429 sehingga RM9,656. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Jururawat U41

1. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
2. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja jururawat

Jawatan Jururawat Gred U41 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41

Jururawat menjalankan tugas mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan. Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.

Pada masa yang sama, tugasan jururawat menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan. Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.

Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) - menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan. Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Jururawat Gred U41 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

No comments:

Post a Comment