Gaji, Kelayakan & Tugas Juruterapi Pergigian

Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29

Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Juruterapi Pergigian.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruterapi Pergigian Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan. Nantikan pengumuman pengambilan Juruterapi Pergigian 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji, tugas, syarat kelayakan kerja Juruterapi Pergigian Gred U29, permohonan jawatan kosong / kerja kosong JURUTERAPI PERGIGIAN, pengambilan Juruterapi Pergigian 2017, permohonan kerja lepasan diploma stpm stam
Gaji, kelayakan dan tugas Juruterapi Pergigian 


Gaji Juruterapi Pergigian Gred U29

Gaji Juruterapi Pergigian sekitar RM1,797 sehingga RM5,753. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Juruterapi Pergigian

1.    Warganegara Malaysia;
2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.    Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4.    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
5.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
6.    Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
7.    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
8.    Mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
9.    Had umur pelantikan:
(i)   berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)             berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
10.              Info lanjut rujuk sini: Syarat kelayakan kerja juruterapi pergigian

Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian Gred U29

Juruterapi Pergigian menjalankan tugas memberi perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan. Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan. Menyedia kaviti dan membuat tempahan. Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan

Pada masa yang sama, tugasan Juruterapi Pergigian ialah melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan. Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar. Memberi kaunseling, penjagaan kesihatan Oral.

Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi. Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi. Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Moga perkongsian tentang gaji, kelayakan dan tugas Juruterapi Pergigian Gred U29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now