Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas 2 Maritim

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Laskar Kelas 2 Maritim Gred XA1 | Ingin menjadi laskar TLDM? Nak tahu apa syarat kelayakan Laskar Kelas II Maritim? Berapa gaji laskar dan juga apa tugas Laskar Kelas II Maritim Gred XA1.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Laskar Kelas II Maritim akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan laskar maritim 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan laskar bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji Laskar Kelas II Maritim Gred XA1, syarat kelayakan dan tugas Laskar Kelas 2 Maritim, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Laskar Kelas II tldm pengambilan askar Maritim 2017, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred XA1


Gaji Laskar Kelas II Maritim
Gaji laskar maritim sekitar RM1,014 sehingga RM3,517 Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Laskar Kelas II Maritim
1.      warganegara Malaysia;
2.      berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.      lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred XA1 : RM1,014.00);
4.      Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
5.      tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
6.      berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
7.      mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
8.      mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
9.      lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
10.  pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
11.  diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Info lanjut:
Syarat kelayakan laskar kelas 2 maritim

Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred XA1 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Laskar Kelas II Maritim
Laskar maritim menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.

Pada masa yang sama, tugas laskar maritim ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Laskar Kelas II Maritim Gred XA1 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now