Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Kesihatan Awam

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 | Ingin menjadi Pembantu Kesihatan Awam? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga apa tugas Pembantu Kesihatan Awam? Baca selanjutnya.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu Kesihatan Awam 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, syarat kelayakan dan tugas Pembantu Kesihatan Awam, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Pembantu Kesihatan Awam, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Kesihatan Awam 

Gaji Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
Gaji Pembantu Kesihatan Awam sekitar RM975 sehingga RM3,424. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.

Syarat Kelayakan Pembantu Kesihatan Awam
1.      Warganegara Malaysia;
2.      Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3.      Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4.      [ Gaji Permulaan : RM975.00 ] dan
5.      b) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
6.      Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
7.      Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
8.      Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabilan telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
9.      mempunyai kelayakan para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan pembantu kesihatan awam

Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Pembantu Kesihatan Awam menjalankan tugas-tugas menyediakan Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS), penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah dan penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal.

Pada masa yang sama, tugas Pembantu Kesihatan Awam ialah mengawal mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum; dan terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now