Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan)

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 | Ingin menjadi Pembantu Tadbir (Kewangan)? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga apa tugas Pembantu Tadbir Kewangan?

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai Kementerian/ Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu Tadbir (Kewangan) 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17, syarat kelayakan dan tugas Pembantu Tadbir (Kewangan), permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Pembantu Tadbir (Kewangan), pengambilan Pembantu Tadbir (Kewangan) 2017, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) 

Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) sekitar RM929 sehingga RM3,377 Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
1.    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
2.    [ Gaji Permulaan : RM929.00 ]  ATAU
3.    Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
4.    [ Gaji Permulaan : RM985.13 ]  ATAU
5.    Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
6.    [ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ]  ATAU
7.    Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
8.    [ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ];
9.    DAN Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
10.              Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja pembantu tadbir kewangan

Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan)
Pembantu Tadbir (Kewangan) menjalankan tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
- menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- mengurus dan mengawal peruntukan.
- menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.

Pada masa yang sama, tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) ialah mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now