Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi)

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 | Ingin menjadi Pembantu Tadbir Perkeranian? Nak tahu apa syarat kelayakan, gaji dan juga apa tugas Pembantu Tadbir Operasi?

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Pelbagai Kementerian/ Jabatan / Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu Tadbir SPA 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, syarat kelayakan dan tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), pengambilan Pembantu Tadbir spa 2017, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 

Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Gaji Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) sekitar RM928 sehingga RM3,375. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
1.      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
2.      [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
3.      Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
4.      Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
5.      Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
6.      mempunyai kelayakan di atas; atau
7.      lulus Peperiksaan Khas; dan
8.      berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now