Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 

Ingin menjadi Penolong Pegawai Veterinar? Nak tahu apa syarat kelayakan, berapa gaji dan juga apa tugas Penolong Pegawai Veterinar Malaysia. Lihat ini juga: SYARAT KELAYAKAN KERJA PEMBANTU VETERINAR

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Nantikan pengumuman pengambilan SPA Penolong Pegawai Veterinar 2017 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8).

gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36, syarat kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Veterinar, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Penolong Pegawai Veterinar Malaysia, pengambilan spa Penolong Pegawai Veterinar 2017, permohonan kerja lepasan diploma

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Veterinar 


Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36

Gaji Penolong Pegawai Veterinar gred G22 sekitar RM2,170 sehingga RM4,238. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM115. Untuk gred yang lain, anda boleh rujuk carta gaji di bawah.

GRED
GAJI MINIMUM
GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
G36
RM3,396.00
RM6,789.00
RM180.00
G32
RM2,729.00
RM5,638.00
RM155.00
G28
RM1,363.00
RM5,094.00
RM145.00
G27
RM1,363.00
RM5,094.000
RM145.00
G26
RM2,488.00
RM4,756.00
RM125.00
G22
RM2,170.00
RM4,238.00
RM115.00










Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Veterinar

1.      Sijil Veterinar daripada Institut Veterinar Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
[ Gaji permulaan : RM1,363.00 ]; atau
2.      Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan : RM1,814.06 ].
3.    Info lanjut rujuk sini: syarat kelayakan kerja penolong pegawai veterinar

Jawatan Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Veterinar

Penolong Pegawai Veterinar menjalankan tugas-tugas mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.

Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.

Pada masa yang sama, tugas Penolong Pegawai Veterinar ialah menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai Veterinar.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Penolong Pegawai Veterinar Gred G22, G26, G27, G28, G32, G36 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

0 comment... add one now