Gaji, Kelayakan Dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Berminat menjadi penjawat awam? Jom apply kerja
kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan berapa gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Nak lulus
interview SPA? Baca: Tips Temuduga
Kerajaan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Permohonan dan pengambilan jawatan
kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred
N29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Jabatan Perkhidmatan Awam/
Kementerian Pertahanan. Nantikan pengumuman pengambilan Penolong Pegawai Tadbir
pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 bagi permohonan
kerja lepasan Diploma, STPM, STAM, STP, HSC menerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA8).
Gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Tadbir |
Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Gaji Penolong Pegawai Tadbir sekitar RM1,493 sehingga RM5,672. Manakala untuk
kadar gaji tahunan pula berjumlah RM145.
Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
1.
Warganegara Malaysia;
2.
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
3.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
5.
Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
6.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
7.
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
9.
Syarat Bahasa Melayu: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
10.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha
Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat
Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:
11.
Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
12.
Lulus Peperiksaan Khas; dan
13.
Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh
lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur
kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi
pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA
menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh
menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8 dan juga mengetahui hasil
keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.
Artikel Berkaitan:
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Penolong Pegawai Tadbir menjalankan tugas menguruskan
kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan
pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat,
pengurusan majlis rasmi. Pada masa yang sama, tugasan Penolong Pegawai
Tadbir ialah mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan
Undang-undang.
Moga perkongsian tentang gaji,
kelayakan dan tugas Penolong Pegawai
Tadbir Gred N29 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan
penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!